PENGENALAN
Program Eksperiential
merupakan program yang dijalankan di bawah subjek Pembangunan Sahsiah. Program
ini adalah diwajibkan untuk semua pelajar yang menuntut di Universiti
Pendidikan Sultan Idris yang mendaftar kursus di bawah subjek Pembangunan
Sahsiah. Program ini telah diadakan selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 Oktober
2015, pada hari Jumaat dan Sabtu. Program ini juga telah berlangsung selama dua
hari di Auditorium Utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini
diadakan adalah bertujuan untuk melatih mahasiswa dan mahasiswi Universiti
Pendidikan Sultan Idris khususnya kepada mereka yang bakal menjadi guru dilatih
untuk menjadi seorang guru yang mempunyai nilai jati diri yang tinggi serta
mempunyai sahsiah seorang guru yang berkualiti.
Selain itu, program ini juga diadakan kerana mempunyai
matlamatnya yang tersendiri. Antara matlamatnya adalah untuk melahirkan
mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai sahsiah diri yang unggul dan terpuji
serta mampu memberikan kerjasama yang jitu di antara sesama ahli-ahli kumpulan.
Sikap untuk menghargai rakan-rakan dan sahabat juga amatlah digalakkan
memandangkan setiap pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang
kecil. Walau bagaimanapun, aspek kepimpinan juga hendaklah dipupuk dalam diri
dan jiwa setiap pelajar kerana sikap kepimpinan yang ada dalam diri akan dapat
membantu pelajar dalam memahami erti sebuah kehidupan yang sebenar di mana kita
juga kadang kala perlu berjuang dan berkorban untuk mencapai sesuatu matlamat
dalam sesuatu perkara. Matlamat yang seterusnya adalah untuk melahirkan
guru-guru yang aktif, kreatif, serta inovatif kerana tugas bagi seseorang guru
adalah berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang akhlaknya dari
segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Di samping itu, matlamat lain adalah
bertujuan untuk mendidik pelajar-pelajar agar mereka menjadi seseorang manusia
yang tahu menghargai sesuatu terutamanya dalam menghargai pengorbanan ibubapa
dan juga Universiti Pendidikan Sultan Idris yang merupakan tempat para mahasiswa
dan mahasiswi menimba ilmu pengetahuan.\
LATAR
BELAKANG DIRI
1)DARI ASPEK KEKUATAN
Terdapat banyak kekuatan
yang telah saya peroleh setelah mengikuti program eksperiential ini. Sebagai
contohnya, kini saya mulai sedar akan betapa sukarnya untuk berjuang dan
berkorban demi meneruskan dan menjayakan sesuatu amanah yang diberikan serta
usaha yang dilakukan dalam memupuk semangat kerjasama di antara sesama
ahli-ahli kumpulan dan memupuk semangat tidak pernah kenal erti putus asa dan
kalah. Program ini juga telah banyak mengajar saya untuk terus kuat dan
berjuang tanpa pernah berhenti berusaha di pertengahan jalan, dan kini saya
mulai sedar akan pentingnya semangat berpasukan serta semangat yang tidak
pernah kenal erti putus asa.
2)
DARI ASPEK KELEMAHAN
Sebelum saya menyertai
program eksperiential ini, terdapat banyak kelemahan dalam diri saya. Antaranya
ialah saya merupakan seorang manusia yang kurang berkeyakinan diri apabila
berhadapan dengan orang ramai. Sebagai contohnya, saya kurang berkeyakinan diri
untuk berucap terutamanya di hadapan khalayak ramai. Walau bagaimanapun, saya
juga adalah seorang manusia yang tidak dapat berfikir secara kreatif dan
inovatif serta kritis dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi.
Namun, apa yang pasti saya hanyalah seorang insan biasa yang memang kadang kala
alpa dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
REFLEKSI DIRI TERHADAP AKTIVITI
PEMBELAJARAN EKSPERIENTIAL YANG MENYEBABKAN PERUBAHAN DIRI PELAJAR DARI ASPEK
BERIKUT :
1)
KES
EDARAN KENDIRI MELIPUTI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DIRI SEBELUM DAN SELEPAS
PROGRAM.
Sebelum
saya menyertai program eksperiential ini, di antara salah satu kekuatan yang
terdapat dalam diri saya adalah berani berhadapan dengan cabaran hidup yang
mendatang, merupakan seorang insan yang bergerak aktif dalam kegiatan
kokurikulum iaitu dengan menyertai aktiviti perkhemahan, aktiviti kawad kaki
serta sering melibatkan diri dalam pertandingan tilawah dan hafazan al-Quran.
Namun, setelah saya menyertai program eksperiential ini, terdapat banyak
perkara baharu yang telah saya pelajari. Sebagai contohnya, kini saya mulai sedar
akan pentingnya semangat berpasukan dan bekerjasama di antara ahli-ahli
kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Walau
bagaimanapun, setelah menyertai program ini, saya terasa semakin bertambah
fokus terutamanya dapat fokus dalam perkara yang memberi manfaat, contohnya
saya menjadi lebih fokus dalam menimba ilmu pengetahuan. Sungguhpun begitu,
semangat keazaman dalam diri saya menjadi semakin tinggi dan kuat dari hari ke
hari.
Sebelum menyertai program
eksperiential ini, di antara salah satu kelemahan yang terdapat dalam diri saya
adalah kurangnya keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang ramai. Sebagai
contohnya, saya merupakan seorang yang kurang berkeyakinan diri terutama
apabila perlu berucap di hadapan khalayak ramai. Namun, setelah menyertai
program ini selama dua hari, banyak perubahan positif yang berlaku kepada saya.
Antaranya ialah saya dapat belajar cara dan teknik yang terbaik untuk
berinteraksi dengan orang ramai. Saya juga menjadi semakin bertambah berani
untuk menonjolkan diri dalam khalayak ramai.
1) HUBUNGAN INTERPERSONAL DENGAN ORANG
LAIN TERMASUK AHLI KELUARGA, WARGA UPSI, RAKAN-RAKAN, DAN MASYARAKAT SEKITAR.
A)
AHLI
KELUARGA
Setelah
menyertai program eksperiential ini, banyak perubahan positif yang berlaku
dalam hidup saya. Salah satunya adalah hubungan interpersonal dengan orang lain
terutamanya dengan ahli-ahli keluarga saya sendiri. Hubungan kekeluargaan kami
menjadi bertambah mesra dan erat di antara satu sama lain dek kerana wujudnya
sikap saying menyayangi dan saling menghargai antara sesama sendiri. Sebagai
contohnya, saya kini mulai banyak meluangkan masa yang terluang saya dengan
melakukan aktiviti riadah bersama ahli-ahli keluarga seperti keluar berkelah,
berbual mengenai hal-hal kekeluargaan, melakukan aktiviti riadah yang lain dan
sebagainya.
B)
WARGA
UPSI
Setelah
menyertai program yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah ini, hubungan saya
sendiri dengan warga-warga UPSI yang lain seperti rakan-rakan seperjuangan
dalam menuntut ilmu, para pensyarah serta kakitangan UPSI menjadi bertambah
baik dan erat dari hari ke hari dan dari semasa ke semasa. Sebagai seorang
pelajar baharu yang diterima masuk di UPSI, sudah tentulah wujudnya perasaan
janggal dalam diri untuk bergaul dengan mereka semua. Namun, setelah mengikuti
program ini saya menjadi semakin berani untuk bergerak aktif beramah mesra
dengan rakan-rakan terutamanya, begitu
juga dengan pensyarah-pensyarah yang menyampaikan ilmu dan tidak ketinggalan
dengan warga UPSI yang lain seperti kakitangan yang bekerja di sini. Sepanjang
saya mengikuti program ini, mereka banyak mengajar saya untuk bersikap lebih
terbuka, mengutamakan kepentingan orang lain berbanding dengan kepentingan
sendiri serta pentingnya semangat persaudaraan dalam kehidupan kita seharian.
Jadi, dengan itu saya berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni yang saya
pelajari melalui program ini ke dalam kehidupan seharian saya.
C)
MEMAHAMI
TANGGUNGJAWAB MENOLONG
Setelah
mengikuti program ini yang berlangsung selama dua hari, saya menjadi semakin
memahami akan erti sebuah tanggungjawab terutamanya tanggungjawab menolong.
Tanggungjawab menolong ini skopnya luas, tidak terhad kepada mereka yang susah
dan memerlukan bantuan sahaja tetapi tanggungjawab ini terbuka umum untuk
semua. Sebagai contohnya, menolong mereka yang berkesempitan wang, menolong
anak-anak yatim, orang-orang susah, serta menolong mereka yang memerlukan
pertolongan tidak kira dari segi fizikal mahupun mental. Biarpun tanggungjawab
ini seakan dipandang remeh oleh masyarakat-masyarakat masa kini, namun cukup
sukar dan berat bagi mereka yang harus memikul tanggungjawab ini. Tanggungjawab
menolong yang saya dapat pelajari melalui program ini adalah tanggungjawab
bekerjasama dan tolong menolong di antara sesama ahli-ahli kumpulan terutamanya
dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh pihak penganjur.
Aktiviti berkumpulan yang diberikan kepada ahli-ahli yang menyertai program ini
adalah bekerjasama dalam melakukan kerja amal. Alhamdulillah dengan usaha yang
gigih, kami semua mampu harunginya serta pada masa yang sama dapat mencipta
suatu pengalaman yang sangat berharga.
D)
KECINTAAN
TERHADAP PROFESION PERGURUAN (MELIPUTI SEMANGAT UNTUK MENDIDIK MURID-MURID)
Sudah
sememangnya saya mempunyai hasrat dan cita-cita yang tinggi untuk menjadi
seorang guru yang baik. Justeru itu, saya percaya bahawa dengan adanya semangat
yang tinggi ini adalah secara tidak langsung dapat mendidik saya untuk membentuk
para pelajar supaya mereka juga bias menjadi seorang manusia yang bersahsiah
tinggi. Bagi saya, masih ada masa lagi untuk saya berusaha menerapkan
nilai-nilai murni ke dalam diri, berubah ke arah kebaikan serta menepati
ciri-ciri guru yang bertauliah dan bersahsiah. Dengan adanya kursus Pembangunan
Sahsiah ini, sudah pastilah dapat membantu saya secara langsung terutamanya
dalam usaha membentuk diri menjadi seorang guru yang baik serta mempunyai
akhlak dan budi pekerti yang tinggi.
A)
PEMBINAAN
KENDIRI SETELAH MENGIKUTI PROGRAM
Pembinaan
kendiri yang dapat saya pelajari adalah dapat belajar menjadi seorang insan
yang lebih terbuka minda dan sikapnya terhadap masyarakat awam. Melalui program
ini, saya menjadi lebih selesa dan berani untuk menyesuaikan diri terutamanya
dengan persekitaran yang baharu. Saya juga menjadi lebih berkeyakinan untuk
berinteraksi dengan orang ramai dan menjadi lebih mudah bergaul seperti telah
lama bersua. Dari sini juga saya mampu mengenali diri saya yang sebenar dengan
lebih baik. Namun, apa yang pasti banyak nilai-nilai murni dan aura positif
yang saya peroleh setelah menyertai program ini.
B)
RUMUSAN
KESELURUHAN PROGRAM YANG DILALUI
Program
ini dijalankan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2015 iaitu bermula pada jam 8 malam
yang bertempat di Auditorium Utama, kampus lama Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Aktiviti bermula dengan pendaftaran para peserta yang terlibat mengikut
kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan. Setelah selesainya sesi
pendaftaran para peserta, aktiviti senaman ringkas secara beramai-ramai pun
bermula. Aktiviti ini dikendalikan oleh fasilitator yang juga merupakan pelajar
senior UPSI yang telah dilantik. Setelah selesai aktiviti senaman ringkas, kami
dijemput untuk menikmati makan malam yang disediakan pada jam 8.45 malam.
Setelah itu, kami diminta untuk kembali berkumpul di dalam dewan bagi
meneruskan aktiviti selanjutnya.
Selain itu, pengisian program ini
adalah pelbagai. Antaranya ialah para peserta dikehendaki untuk membentuk
beberapa kumpulan besar yang di dalamnya terdiri daripada empat buah
kumpulan-kumpulan kecil yang berjumlah seramai 10 orang bagi setiap kumpulan
kecil. Setelah itu bermulalah aktiviti Ice breaking di antara setiap ahli-ahli
kumpulan. Aktiviti ini secara tidak langsung menghiburkan juga kerana melalui
aktiviti inilah kami dapat mengenali dengan lebih erat dan mesra di antara satu
sama lain terutamanya dapat mengenali para peserta yang mengambil kursus yang
berbeza seperti dari kursus ekonomi, kursus sejarah, kursus TESL, Sains Sukan,
dan banyak lagi. Melalui aktiviti Ice breaking ini, dapat melatih para peserta
menjadi lebih berkeyakinan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan peserta
lain dengan lebih baik. Semuanya memberi respon yang positif dan baik. Daripada
aktiviti Ice breaking ini, saya dapat belajar untuk menjadi seseorang yang
lebih berfikiran terbuka, positif, memandang ke hadapan, yakin dengan kebolehan
diri sendiri serta
diri
sendiri serta kita mestilah berani mengambil risiko untuk mencapai sesuatu
dalam hidup.
Seterusnya, setelah itu para peserta
dikehendaki berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk membuat penetapan
dalam pemilihan ketua kumpulan serta mencipta satu nama kumpulan yang sesuai.
Nama kumpulan yang dipilih mestilah berkaitan dengan tokoh negarawan, dan nama
bagi kumpulan kami adalah kumpulan Dato' Siti Nurhaliza. Setelah semua aktiviti
selesai dijalankan kami semua bersurai pada jam 10.30 malam.
Di samping itu, pada hari kedua pula semua
para peserta yang terlibat dikehendaki untuk berkumpul tepat jam 8 pagi di
Auditorium Utama, kampus lama, Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi sesi
pendaftaran para peserta untuk kali yang kedua. Aktiviti pertama yang
dijalankan adalah senaman pagi yang dikendalikan oleh fasilitator yang telah
dilantik. Senaman pagi ini boleh dikatakan agak unik dan hebat juga kerana
senaman ini bertemakan muzik moden dan secara tidak langsung membolehkan para
peserta menjadi lebih bersemangat lagi untuk melakukan senaman. Selesai saja
aktiviti senaman pagi, para peserta dipelawa untuk menikmati sarapan pagi yang
telah disediakan. Apa yang dapat saya pelajari dari sini adalah saya dapat
membentuk diri saya untuk menjadi seseorang yang lebih berdisiplin dari segi
ketepatan masa, lebih berfikiran terbuka, serta mampu untuk menjadi seseorang
yang mempunyai keyakinan yang tinggi.
Setelah selesainya menjamu selera, tugasan
yang mencabar menanti kami. Tugasan yang diberikan kepada kami adalah kami
semua dikehendaki untuk melakukan kerja amal dan kebajikan masyarakat di
kawasan sekitar kampus lama UPSI, kolej-kolej kediaman UPSI, dan di sekitar
kawasan Taman Bahtera serta kami juga dikehendaki untuk mengumpul dana hasil
daripada kerja amal yang dilakukan sekurang-kurangnya RM50 ringgit. Tugasan ini
terasa sangat hebat dan mencabar bagi kami. Walau bagaimanapun, kami menganggap
tugasan ini sebagai satu cabaran yang besar kerana bukan mudah untuk melakukan
kerja amal yang ditambah pula dengan nilai dana yang perlu dikutip dengan keadaan
cuaca yang tidak menentu. Namun, oleh kerana semangat kami kuat, kami tetap
berjuang untuk menjalankan tugasan ini. Kira-kira jam 10 pagi kami bertolak
meninggalkan Auditorium Utama bagi melaksankan tugasan yang diberikan itu.
Tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini hanyalah sehingga jam
2.30 petang kerana pada jam 3.30 petang kami semua dikehendaki berkumpul semula
di Auditorium Utama setelah selesai tugasan, makan, dan solat. Apa yang dapat
saya pelajari dari sini ialah pentingnya semangat bekerjasama antara sesama
ahli-ahli kumpulan agar wujudkan semangat berpasukan yang hebat dan kental.
Saya juga dapat merasai perjuangan dan pengorbanan yang kami lakukan bersama
semasa dalam usaha menyelesaikan tugasan ini.
Destinasi utama yang kami tujui ialah di
kafe Kolej Ungku Omar (KUO). Di sana kami telah membahagikan ahli-ahli kumpulan
kami kepada tiga buah kumpulan kecil. Dua kumpulan dibiarkan untuk melakukan
kerja amal di kafe kolej kediaman KUO. Aktiviti yang dijalankan di kafe adalah
seperti mengupas bawang, mengupas ubi kentang, mengoreng telur, memotong sayur,
melipat kertas membungkus makanan, dan mencuci pinggan. Setelah siap melakukan
tugasan di kafe, kami diberi upah sebanyak RM70 ringgit bagi dua buah kedai
yang kami lakukan aktiviti kerja amal ini. Aktiviti yang dijalankan oleh mereka
yang melakukan kerja amal di kolej kediaman pelajar KUO adalah mencuci tandas
sebanyak lima buah rumah dan telah memperoleh upah sebanyak RM13 ringgit.
Jumlah kutipan keseluruhan dana adalah sebanyak RM83 ringgit. Di sini saya
dapat belajar betapa pentingnya semangat bekerjasama dalam melakukan kerja
berpasukan.
Setelah selesai melakukan kerja-kerja amal
tersebut, kami bertekad untuk kembali semula ke kampus lama pada jam 2 petang.
Tepat jam 3.30 petang kami semua berkumpul di dewan untuk meneruskan lagi
aktiviti yang seterusnya. Setelah itu kami diminta untuk berkumpul mengikut
kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil
untuk menyampaikan ucapan bagi menceritakan pengalaman-pengalaman yang
diperoleh sepanjang menjalankan kerja amal ini. Setelah selesai majlis
penyampaian hadiah dan ucapan terakhir dari pihak penganjur, kami semua pun
bersurai pada jam 5.30 petang.
No comments:
Post a Comment