Guru Penasihat, Mohan Raj ber­kata, pelajar berjaya memena­ngi kategori Anugerah Best Edi­ting pada tahun ini setelah mencuba pertandingan yang sama sejak beberapa tahun lalu.
“Kejayaan ini tidak datang menggolek begitu sahaja kerana semua pelajar amat bermuafakat dalam usaha mencipta sejarah ba­ru memperoleh kejayaan dalam pertandingan ini.
“Apa yang saya perhatikan, se­panjang penggambaran video dilakukan, mereka begitu bertenaga dan saling memberi idea selain melakukan kerja-kerja penyun­ti­ngan dengan begitu kreatif dan saya amat kagum dengan usaha dan komitmen padu pelajar yang terlibat,” katanya.
Selain itu, salah seorang pelajar, Mohd. Azizul Hakim Sazali, 16, berkata, dia dan rakan tidak me­­nyangka usaha mereka pada tahun ini membuahkan hasil se­ka­­­li gus menjadi penggerak sema­ngat mereka untuk berusaha lebih gigih pada pertandingan akan datang.
“Tak sangka pasukan kami dianugerahkan kejayaan ini apa tidaknya, kami terpaksa bersaing dengan sembilan buah sekolah lagi di peringkat akhir yang rata-ratanya merupakan mereka yang lebih banyak pengalaman dalam pertandingan ini.
“Kejayaan ini sekaligus mena­ik­kan semangat kami untuk mencuba yang terbaik pada pertan­dingan tahun hadapan malah saya yakin kami mampu menghasilkan video terbaik untuk diketengahkan dalam pertandingan sama tahun depan,” katanya.
Penglibatan pelajar SMKSS pa­da pertandingan tersebut bahawa pelajar pernah menerima anugerah Jury Award yang disandang pa­da tahun 2007.